LATAR BELAKANG GANO EXCEL ENTERPRISE SDN BHD

Gano Excel merupakan peneraju utama industri pemakanan kesihatan berasaskan Ganoderma lucidum (lingzhi) di Malaysia dan juga syarikat MLM tempatan tunggal yang komited dalam menjayakan ‘Ganoderma Nutritional Immunology’ di peringkat antarabangsa. Jaringan penyelidikan, penanaman, pemprosesan hinggalah ke peringkat pemasaran produk yang diuruskan sendiri telah mengukuhkan lagi kedudukan Gano Excel dalam industri MLM di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Diasaskan di Kedah, Malaysia pada tahun 1995. Walau bagaimanapun sejarah Ganoderma Gano Excel bermula sejak 1983 lagi apabila pengasasnya, Mr Leow Soon Seng telah membuat kajian mengenai sejarah cendawan di Malaysia. Beliau mendapati bahawa kelembapan dan cuaca di Malaysia (28ºC hingga 32ºC) adalah sesuai untuk penanaman Ganoderma. Setelah melalui pelbagai proses kajian dan percubaan, beliau telah mengesan iaitu Ganoderma lucidum mempunyai kesan teraputik yang paling tinggi. Daripada 200 spesies yang ditemui, beliau telah memilih 6 yang terbaik untuk menghasilkan Ganoderma Gano Excel.

Gano Excel kini telah berusia 20 tahun di dalam industri MLM. 20 tahun yang lepas, Gano Excel hanya beroperasi di sebuah lot rumah kedai yang disewa di Mergong, Alor Setar, Kedah dengan memasarkan 3 produk utama iaitu Ganoderma, Excellium dan Gano Café 3 in 1. Gano Excel terus bertatih dengan gigih tanpa mengenal erti penat dan lelah. Hasilnya kini, Gano Excel merupakan sebuah syarikat gergasi MLM yang dikenali di Malaysia dan memiliki lebih 50 rangkaian produk kesihatan.

Gano Excel kini beroperasi di bangunan pejabat sendiri dan mempunyai 7 jabatan yang mendokong misi dan visi syarikat. Kerjasama berpasukan menjadi tonggak utama di dalam menggerakkan syarikat ke tahap yang lebih membanggakan. Hasilnya, Gano Excel telah dianugerahkan sijil ISO 9001-2000 pada tahun 2005 dan terus mengekalkan kualiti pengurusannya sehingga kini.

Gano Excel turut memiliki prasarana terbaik seperti kompleks kilang yang bernilai lebih RM20 juta yang memenuhi standard piawaian antarabangsa serta mendapat pengiktirafan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan ‘Amalan Perkilangan Baik’ (GMP). Pengiktirafan ini telah mengukuhkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kawalan mutu dan kebersihan serta kualiti dalam menghasilkan produk Gano Excel.

Memiliki Ladang Organik Ganoderma Terbesar Dunia merupakan kebanggaan utama Gano Excel. Ladang Organik Ganoderma Gano Excel telah diiktiraf oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui penganugerahan sijil Skim Organik Malaysia (SOM). Ladang Organik Ganoderma milik Gano Excel ini mempunyai 100 buah ‘rumah hijau’ yang setiap satunya mampu memuatkan 30,000 kuntum Ganoderma. Dua prasarana hebat ini membuktikan kepada masyarakat di Malaysia dan dunia bahawa Gano Excel tetap dan terus komited menghasilkan produk-produk berasaskan Ganoderma yang bermutu tinggi untuk dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Di sepanjang usia yang telah mencecah 20 tahun ini, Gano Excel telah berjaya mengembangkan sayap perniagaannya ke lebih 68 pasaran global antaranya Australia, Arab Saudi, Bahrain, Kanada, Republik Dominica, Hong Kong, Hungary, Indonesia, Korea, Kuwait, Mexico, Mongolia, Myanmar, Nepal, New Zealand, Nigeria, Oman, Paraguay, Filipina, Puerto Rico, Qatar, Romania (EU), Sudan, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), USA, Vietnam, Costa Rica, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Republik Czech, Belanda, Peru, Poland, Turki, Slovakia, Uzbekistan dan banyak lagi negara serta berkembang dengan pesat.

Gano Excel dengan gahnya kini menguasai bukan sahaja pasaran Asia namun telah menular ke benua Amerika, Eropah dan Afrika. Gambaran jelas bahawa produk keluaran Gano Excel sudah mula diterima di peringkat antarabangsa. Perluasan empayar perniagaan Gano Excel ini merupakan bukti kukuh bahawa syarikat kini sedang berada di landasan yang betul untuk terus mengukir kejayaan.

Bagi Gano Excel, keunggulan kualiti di setiap bahagian pemprosesan produk menjadi keutamaan dan prinsip yang sentiasa dipraktikkan. Komitmen Gano Excel terhadap jaminan produk yang terbaik adalah dengan penggunaan teknologi moden dan terkini seiring dengan arus perkembangan teknologi masa kini. Komitmen serta pembangunan berterusan daripada bahagian Penyelidikan dan Pembangunan menjadikan Gano Excel sentiasa berada pada standard kualiti yang lebih tinggi dalam menghadapi cabaran global di alaf baru ini.

Gano Excel kini telah menjadi sebuah syarikat multinasional yang dikenali di peringkat global. Kejayaan yang dikecapi kini bukan diperolehi dalam sekelip mata. Ianya hasil kerjasama erat usahawan dan pihak syarikat. Pihak Pengurusan sentiasa memberi komitmen tinggi dalam memastikan para usahawan Gano Excel mengecapi kejayaan dalam mengejar impian kehidupan. Gano Excel berbangga kerana telah berjaya mengubah kehidupan ramai orang baik dari segi kesihatan mahupun sosio-ekonomi. Inilah sumbangan terbesar Gano Excel terhadap masyarakat di muka bumi ini.

‘Membawa Kesihatan dan Kekayaan kepada Setiap Keluarga’ merupakan visi yang didokong oleh keluarga besar Gano Excel. Dan pegangan falsafah korporat 5K iaitu Kesihatan, Kekayaan, Kejayaan, Kebajikan dan Kebahagiaan tetap kemas dan utuh dalam mengharungi cabaran di dalam dunia perniagaan MLM.