Ladang Ganoderma Organik Terbesar di Dunia
Gano Excel amat berbangga kerana memiliki Ladang Organik Ganoderma yang terbesar di dunia serta mendapat pengiktirafan Skim Organik Malaysia oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ganoderma yang mempunyai kesan teraputik berkualiti tinggi banyak bergantung semasa proses penanamannya kerana pertumbuhan Ganoderma amat sensitif terhadap persekitarannya. Gano Excel merupakan pakar dalam penghasilan Ganoderma yang berkualiti tinggi dari segi kesan teraputiknya.
Ganoderma Gano Excel ditanam di Ladang Organik Ganoderma Gano Excel yang merupakan satu-satunya ladang organik Ganoderma terbesar di dunia dengan menggunakan kaedah penanaman Ganoderma secara organik. Persekitaran ladang yang bersih dan semulajadi serta dikelilingi dengan kebun buah-buahan dan ladang getah yang luas dapat memastikan udara persekitaran yang bersih dan bebas dari pencemaran.
Ladang Organik Ganoderma Gano Excel berkeluasan 45 ekar dan mempunyai 100 buah bangsal rumah hijau untuk penanaman Ganoderma. Setiap bangsal mampu menanam sehingga 30,000 polybag Ganoderma dalam satu-satu masa.
GANODERMA GANO EXCEL
Ganoderma lucidum atau lebih dikenali sebagai cendawan merah merupakan sejenis kulat yang sangat terkenal di dalam bidang perubatan tradisional. Terdapat lebih 2,500 jenis spesis kulat di dunia dan bilangan ini meningkat dari semasa ke semasa dengan penemuan spesis-spesis baru oleh kalangan pengkaji mikologi. Namun begitu hanya ada sebanyak 200 spesis Ganoderma lucidum yang mempunyai kesan teraputik. Daripada 200 spesis ini, telah dikenalpasti hanya ada 6 spesis Ganoderma lucidum yang mempunyai kesan teraputik yang tinggi iaitu spesis - Ruyi, Kimshen, Merak, Otak, Hati & Jantung. Ganoderma Gano Excel dihasilkan daripada 6 spesis ini dan ia ditanam di Ladang Ganoderma Organik Gano Excel.
Kaedah Penanaman & Peringkat Pertumbuhan Ganoderma
Penyediaan Bahan Mentah :
Menggunakan 100% bahan organik sebagai medium penanaman Ganoderma iaitu serbuk kayu getah, sekam padi dan tepung beras perang. Bahan tersebut akan dicampurkan dan digaul bersama untuk dimasukkan ke dalam polybag.
Proses Pengewapan Polybag:
Kesemua polybag akan diwapkan dalam mesin pengewapan bagi tujuan membasmi kuman dan bakteria yang mungkin berada di dalam bahan-bahan organik tadi.
Mesin pengewapan moden ini dapat memuatkan sebanyak 5,000 polybag dalam satu-satu masa semasa proses pengewapan.
Tempoh pengewapan mengambil masa selama 3 jam dengan suhu 110°C.
Setelah cukup 3 jam, polybag akan dikeluarkan dan disejukkan sebelum dimasukkan spora Ganoderma.
Proses Pertumbuhan Ganoderma :
Menggunakan kaedah penumbuhan tisu dan penggunaan 100% bahan organik untuk penanaman Ganoderma Gano Excel.
Tiada sebarang bahan kimia, racun serangga dan hormon pertumbuhan digunakan di dalam proses penanaman Ganoderma Gano Excel.
Kadar pertumbuhan Ganoderma:-
1-2 minggu - berbentuk seperti ‘Tanduk Rusa’.
2 bulan - Ganoderma telah besar tetapi masih berwarna kuning di sekelilingnya.
3 bulan - Ganoderma berubah kepada kemerahan dan menjadi matang.
Proses Kawalan Kualiti Ganoderma :
Di dalam setiap bangsal rumah hijau terdapat beberapa ciri kawalan dan keselamatan:-
Kawalan Pancaran Cahaya Matahari :
Ganoderma tidak memerlukan pendedahan kepada cahaya matahari secara terus dan tidak perlu disiram. Ia tumbuh pada suhu atau kelembapan iaitu 28°C - 32°C. Air akan disembur ke atas lantai dan bumbung untuk mengawal suhu bilik.
Pemasangan Jaring Hitam :
Pemasangan jaring hitam juga bertujuan untuk memberi kebebasan pengaliran udara segar kepada Ganoderma lucidum dan untuk mengelakkan daripada serangan serangga-serangga kecil.
Kawalan Mesin Suhu :
Setiap bangsal mempunyai sebuah mesin pengawalan suhu yang bertujuan untuk mengawal suhu dan kelembapan Ganoderma.
Hujan Buatan :
Sekiranya suhu bangsal rumah hijau terlalu panas sehingga melebihi paras normal atau cuaca terlalu tinggi, ‘hujan buatan’ akan digunakan untuk memastikan Ganoderma di dalam setiap bangsal tidak terlalu kering dan sentiasa berada dalam kawalan suhu yang bersesuaian.
Kaedah Sistem Gantungan :
Setiap Ganoderma lucidum yang ditanam adalah menggunakan kaedah Sistem Gantungan yang bertujuan untuk mengawal kebersihan dan kualiti Ganoderma yang ditanam.