Apakah yang anda tahu tentang Ganoderma lucidum?

Ganoderma lucidum adalah sejenis cendawan daripada lebih 250 spesis. Ia dipanggil dengan pelbagai nama mengikut masyarakat seperti Melayu: cendawan merah, Cina: ‘lingzhi’, Jepun: ‘reishi’ dan Korea: ‘yeongji’. Menurut bahasa Greek: ‘ganos’ bermaksud bersinar, manakala ‘derma’ bermaksud kulit. Ganoderma lucidum merupakan herba yang digunakan secara tradisional dalam perubatan Tionghua seawal pemerintahan Maharaja China yang pertama iaitu Maharaja Qin Shi Huang lebih 5,000 tahun yang lalu. Dalam teks perubatan herba purba China ‘Shen Nong’s Herbal Classic’ mengklasifikasikan Ganoderma lucidum sebagai Herba Tonik ( Gred 1 ) iaitu ‘Superior Herb’ kerana ia mempunyai unsur ‘Adaptogen’ yang tidak bertoksik dan bebas daripada kesan sampingan, tidak spesifik dan bertindak secara menyeluruh dalam memperbaiki kesihatan tubuh badan.

Bagaimana Ganoderma Berfungsi?

(1-30 hari)
Mengesan

Kandungan aktif Ganoderma mula membantu untuk mengatur fungsi badan. Pada peringkat ini, badan akan merasakan tindakbalas Ganoderma semasa ia mengenalpasti toksin dan penyakit.

(1-30 minggu)
Membersih - menyahtoksin

Pada peringkat ini, Ganoderma bertindakbalas untuk menyingkir asid urik, asid laktik, kolesterol, lemak berlebihan, sel tisu mati dan toksin yang terkumpul di dalam badan. Toksin-toksin ini kemudiannya disingkir melalui sistem perkumuhan seperti air kencing, najis, peluh atau bisul, ruam atau kahak.

(1-12 bulan)
Menyeimbang

Pada peringkat ini, kandungan aktif Ganoderma akan bertindakbalas memulihkan badan dan proses ini boleh diperhatikan dengan jelas.

(6-24 bulan)
Membaikpulih

Ganoderma terus bertindak untuk menguatkan sistem imun dan membaik pulih anggota tubuh dan sistem yang terjejas. Pada peringkat ini, ia juga membekalkan mineral dan vitamin untuk mempercepatkan kadar penyembuhan.

(1-3 tahun)
Awet Muda

Matlamat terakhir pengambilan Ganoderma ialah mengekalkan fungsi badan ke paras yang optimum dan membantu mengekalkan keremajaan.