Latar Belakang Gano Excel Enterprise Sdn Bhd

Gano Excel merupakan peneraju utama industri pemakanan kesihatan berasaskan Ganoderma lucidum (lingzhi) di Malaysia dan juga syarikat MLM tempatan tunggal yang komited dalam menjayakan ‘Ganoderma Nutritional Immunology’ di peringkat antarabangsa. Jaringan penyelidikan, penanaman, pemprosesan hinggalah ke peringkat pemasaran produk yang diuruskan sendiri telah mengukuhkan lagi kedudukan Gano Excel dalam industri MLM di Malaysia mahupun di peringkat global.

Sejarah Ganoderma Gano Excel bermula sejak 1983 lagi apabila pengasasnya, Mr Leow Soon Seng telah membuat kajian mengenai sejarah cendawan di Malaysia yang mendapati kelembapan dan cuaca di Malaysia (28ºC hingga 32ºC) adalah sesuai untuk penanaman Ganoderma dan memilih 6 spesis yang terbaik untuk menghasilkan Ganoderma Gano Excel.

Gano Excel turut memiliki prasarana terbaik seperti kompleks industri yang memenuhi standard piawaian antarabangsa serta mendapat pengiktirafan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan ‘Amalan Perkilangan Baik’ (GMP). Pengiktirafan ini telah mengukuhkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kawalan mutu dan kebersihan serta kualiti dalam menghasilkan produk Gano Excel.

Ladang Organik Ganoderma Terbesar Dunia merupakan kebanggaan utama Gano Excel dan telah diiktiraf oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui penganugerahan sijil Skim Organik Malaysia (SOM). Dua prasarana hebat ini membuktikan bahawa Gano Excel tetap dan terus komited menghasilkan produk-produk berasaskan Ganoderma yang bermutu tinggi untuk dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Gano Excel berjaya mengembangkan sayap perniagaannya bukan sahaja di pasaran Asia, malah turut berkembang ke benua Amerika, Eropah dan Afrika serta mendapat sambutan baik di peringkat antarabangsa.

Bagi Gano Excel, keunggulan kualiti di setiap bahagian pemprosesan produk menjadi keutamaan dan prinsip yang sentiasa dipraktikkan. Komitmen serta pembangunan berterusan daripada bahagian Penyelidikan dan Pembangunan menjadikan Gano Excel sentiasa berada pada standard kualiti yang lebih tinggi dalam menghadapi cabaran global di alaf baru ini.

Gano Excel kini menjadi sebuah syarikat multinasional, hasil kerjasama erat antara usahawan dan pihak syarikat yang telah berjaya merubah kehidupan ramai insan, baik dari segi kesihatan mahupun sosio-ekonomi. Visi ‘Membawa Kesihatan dan Kekayaan kepada Setiap Keluarga’ dan pegangan falsafah korporat 5K iaitu Kesihatan, Kekayaan, Kejayaan, Kebajikan dan Kebahagiaan tetap kemas dan utuh dalam mengharungi cabaran di dalam dunia perniagaan MLM kepada Gano Excel.